Sejarah Sekolah

  • Sejarah Sekolah

      • 1.1.1965
        • Penubuhan
          • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM), Alor Setar dibuka pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Alor Merah (Lelaki), SK Alor Merah (Perempuan) dan SRJK (C) Pumpung (1967).

      • 23.9.1968
        • Fasiliti peringkat awal

          Pada 23 September 1968 bangunan sekolah yang ada sekarang mula digunakan.

      • 1972
        • Pembinaan bangunan tambahan

          Bangunan tambahan didirikan dan digunakan pada tahun 1972 dengan kapasiti 24 bilik darjah. Oleh kerana jumlah murid yang terus meningkat, maka persekolahan terpaksa diadakan dua sesei, pagi dan petang.

      • 2.4.1975
        • Perasmian Sekolah

          Sejak 1965 hingga akhir tahun 1974, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah. Tetapi pada 21 Oktober 1974 nama asal itu ditukarkan kepada SMK Tunku Abdul Malik. Pada 2 April 1975. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Ibni Al-marhum Sultan Badlishah, DK., DKH., DK (Trengganu), SPMK., SPCM., DA, (Sarawak), PSB., iaitu Raja Muda Kedah.

        • SMKTAM terus berkembang dan beberapa pembaharuan dibuat seperti membina bangunan tiga tingkat, surau, asrama dan dewan makan, studio lukisan kejuruteraan, makmal CAD, Pusat Sumber sekolah dan bilik-bilik sumber lain untuk kemudahan komuniti sekolah.

      • 1999
        • Mulai 1999, program Pendidikan Inklusif Bermasalah Penglihatan dimulakan di sekolah ini yang melibatkan 45 pelajar yang dibawa dari Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK St. Michael dan SMK Sultanah Bahiyah. Manakala seramai 11 guru ditugaskan untuk menjayakan program ini.

    • Daftar Masuk

  • Laman Sosial